20210817

Peluang Perniagaan Bersama Asia Herbal Biotech



 

















Pelan Pemasaran




AHB menyediakan pilihan pakej untuk disertai iaitu Silver, Gold, Diamond dan Mobile Stokist. 

Sila pilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda. Setiap pakej mempunyai jumlah BV tersendiri. Disamping itu, setiap produk juga mempunyai BV yang tersendiri juga. 

Anda boleh pilih mana-mana produk yang disediakan mengikut jumlah BV pakej yang anda sertai samada hanya memilih satu produk sahaja atau menggabungkan pelbagai jenis produk.

Jika anda suka atau pandai menjual, anda boleh menjual produk-produk yang luar biasa kesannya ini untuk mendapat keuntungan runcit. 

AHB menyediakan PLAN BISNES yang akan memberi BONUS kepada anda samada secara harian, bulanan, tahunan atau BONUS MEGA yang merupakan Aset tetap kepada anda secara PERCUMA bergantung kepada kemajuan perniagaan anda



Apabila anda memperkenalkan pengedar baru dan mereka membeli produk AHB, anda akan menerima 10% daripada BV pembelian mereka. Ini bermakna anda akan mendapat RM30 (10%x300BV) jika mereka menyertai pakej Silver, RM90 (10%x900BV) untuk pakej Gold dan RM150 (10%x1,500BV) untuk Diamond.

 Tidak kira apa pakej yang anda sertai, anda boleh memperkenalkan mana-mana pakej kepada pengedar baru. Anda boleh memperkenalkan seberapa ramai yang anda mahu kerana tiada had ditetapkan. Lebih ramai anda perkenal, lebih banyak keuntungan yang anda akan dapat melalui bonus ini dan bonus-bonus yang seterusnya nanti.




Setiap pembelian produk 300BV oleh pengedar baru adalah dianggap 1 unit. Jika pengedar baru menyertai sebagai Silver ialah 1 unit (300BV÷300BV=1 unit), Gold ialah 3 unit (900BV÷300BV=3 unit) dan Diamond ialah 5 unit (1500BV÷300BV=5 unit).

 Apabila terdapat pendaftaran 300BV (1 unit) di sebelah kiri dan 300BV (1 unit) di sebelah kanan anda (samada didaftarkan oleh anda, upline anda atau mereka yang berada di kiri atau kanan dalam rangkaian anda), ianya dianggap satu pasang. Anda akan menerima RM50 untuk setiap pasangan yang berlaku.

 Maksima bonus pasangan atau bonus perkembangan kumpulan ini yang akan dibayar dalam satu hari ialah 20 pasang (20×50=RM1,000) untuk pakej Silver, 40 pasang (40×50=RM2,000) untuk pakej Gold, 70 pasang (70×50=RM3,500)untuk Platinum dan 100 pasang(100×50=RM5,000) untuk Diamond. Baki yang tidak cukup pasangan akan dibawa kehari seterusnya untuk menunggu pasangan. Baki yang menunggu pasangan ini tidak akan luput walaupun anda tidak aktif. Pengiraan pasangan ini adalah sehingga infiniti iaitu tiada had generasi ditetapkan. 

 Selain daripada menerima RM50, anda juga akan menerima 1 POINT untuk setiap pasangan yang berlaku. Lebih banyak pasangan yang berlaku di bawah anda, lebih banyak point yang anda akan terima. Point anda ini boleh dikumpul tanpa had masa dan boleh ditukar untuk BONUS MEGA atau ASET PERCUMA mengikut jumlah point terkumpul anda. Rujuk gambar di bawah untuk Aset yang boleh ditukar mengikut jumlah point. 
Anda akan menerima bonus royalti iaitu 5% daripada bonus pairing harian yang diterima oleh mereka yang diperkenalkan oleh anda secara terus. Jika orang yang diperkenalkan oleh anda menerima RM5,000 bonus paring pada hari tersebut, maka anda akan menerima RM250 (5%x5,000) sebagai bonus royalti daripada downline tersebut. Jika anda memperkenalkan 10 orang dan masing-masing mendapat RM5,000 bonus pairing sehari, maka anda akan menerima RM2,500 sehari (RM5,000 x 10 orang x 5%). 

 Anda akan menerima royalti bonus ini hingga level 2 jika anda sertai pakej Gold, hingga level 3 jika sertai pakej Platinum dan hingga level 5 jika sertai pakej Diamond dimana bonus royalti untuk level 2 hingga level 5 adalah masing-masing 1%. Walaupun peratusan ini nampak kecil, tetapi jumlah bonus yang anda akan terima adalah banyak kerana jumlah rangkaian anda diperingkat ini adalah ramai. 



 Syarikat memperuntukkan 10% daripada BV jualan keseluruhan syarikat untuk bonus ini setiap bulan. Dengan itu jumlah BV jualan keseluruhan syarikat X 10% adalah jumlah keseluruhan bonus ini. Kemudian dibahagikan kepada jumlah keseluruhan share yang dicapai oleh semua pengedar. Maka akan dapat nilai RM untuk setiap share. 

 Berapa jumlah RM untuk anda?… Nilai RM untuk setiap share X jumlah share yang anda layak. (Setiap 450BV pembelian peribadi anda akan mendapat 1 share)



 2.BONUS PENGEMBANGAN KUMPULAN 


Bonus pengembangan kumpulan ialah bonus yang anda akan terima beberapa peratus daripada BV pembelian peribadi tajaan langsung anda setiap bulan hingga 
10 level. Level 1 (5%), Level 2 hingga level 4 (4%), Level 5 hingga level 10 
(3%). 
ini hanya sebanyak 150BV sahaja, maka bonus pengembangan kumpulan yang anda akan terima sebulan adalah seperti
 CONTOH PENGIRAAN: Jika anda dan semua member dalam rangkaian anda hanya memperkenalkan 4 orang sahaja dan masing-masing hanya membuat pembelian peribadi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah




















20210127

CORDYCEPS KULTUR TISU

 



 

Cordyceps Liar lawan Cordyceps Kultur Tisu

Sejak zaman lampau lagi, cordyceps sinensis dianggap sebagai anugerah ajaib atau penawar untuk semua jenis penyakit dan ia disediakan khusus untuk Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula jadinya di altitud yang tinggi.

Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan penemuan teknologi terkini, hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif telah membolehkan herba 'ajaib' ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi cordyceps sinensis, ramai yang beranggapan mengenai kemungkinan berlakunya kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.

Penanaman stroma cordyceps secara tiruan berjaya dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze.

Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah terbaik bagi mencipta persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan 'semula jadi' cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam cordyceps sinensis liar.

Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun lamanya telah membuktikan bahawa ciri-ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis kultur adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada cordyceps sinensis liar. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk menghasilkan spora cordyceps sinensis yang berkualiti tinggi.

Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis. Tiada langsung sisa aditif mahupun pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis kultur tiruan ini. Seperti spesis liar, cordyceps sinensis kultur tidak mencetuskan sebarang kesan sampingan yang toksik atau memudaratkan. Selain itu, pelbagai kajian berjaya menunjukkan bahawa cordyceps sinensis kultur mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan elemen 'ajaib'nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih efektif.

Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal dari China sahaja. Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.

FAKTA FARMAKOLOGI DAN KAJIAN KLINIKAL

 


Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun.
  • Sakit jantung: Dalam kajian klinikal degupan jantung, jumlah darah yang dipam, pengeluaran kardiak dsb. didapati meningkat dengan ketara dalam kumpulan cordyceps lawan kumpulan kawalan.

  • Kolesterol: Cordyceps berkesan mengurangkan tahap kolesterol LDL "tidak baik" dan meningkatkan tahap kolesterol HDL "baik". Dalam satu kajian, cordyceps didapati mampu merendahkan tahap kolesterol keseluruhan sekurang-kurangnya sebanyak 17%.

  • Penyakit Hati: Cordyceps berupaya memperbaiki simptom-simptom dan struktur sel hati secara dramatik. Sel-sel sirosis tidak lagi dikesan dalam 70 peratus pesakit.

  • Disfungsi seksual: Cordyceps boleh memanfaatkan lelaki dan wanita yang menghadapi masalah fungsi seksual.

  • Gangguan sistem imun: Cordyceps dianggap sebagai salah satu agen imunomodulator yang paling mudah diadaptasikan dalam apa jua keadaan.

  • Sistem pernafasan: Cordyceps boleh mempertingkatkan kesihatan perokok serta pesakit asma, jangkitan paru-paru dan batuk yang teruk.

LAGENDA CORDYCEPS SINENSIS

 

Apakah cordyceps sinensis?

Perubatan tradisional Cina dimanfaatkan dari pelbagai jenis bahan semula jadi untuk merawat penyakit, dan antara yang utama ialah cordyceps sinensis.

Cordyceps sinensis, yang dikenali sebagai kulat beluncas Cina oleh masyarakat umum, ialah sejenis tumbuhan dari keluarga ergot. Di China, herba yang sangat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (Cacing Musim Sejuk, Rumput Musim Panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Oleh kerana ia tergolong di dalam kategori kulat, nutrien dan bahan-bahan aktif di dalam cordyceps memiliki ciri-ciri farmakologi yang berkait rapat dengan hampir setiap sistem di dalam tubuh manusia.

Cordyceps sinensis merupakan tumbuhan asli pergunungan China tenggara yang ditemui pada altitud melebihi 2000 meter sahaja. Spora cordyceps sinensis diterbangkan oleh angin selepas ia matang pada hujung musim luruh. Ia menjangkiti dan memakan larva Hepialidae secara perlahan-lahan bersama akar tumbuh-tumbuhan. Kulat cordyceps sinensis menyerap nutrien dan tisu-tisu lembut dalam larva sehingga ia mencapai kematangan. Lama-kelamaan, larva tersebut akan mati dan di tempatnya akan tumbuh stroma berwarna perang kehitaman yang keluar daripada kepala larva. Stroma yang panjang dan lazimnya lonjong ini boleh mencecah 3-5 sm. Cordyceps sinensis mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Oleh yang demikian, cordyceps sinensis asli amat jarang ditemui dan sangat mahal harganya.

 

 

Sebagai herba tradisional bernilai tinggi dalam herbologi 

perubatan Cina, pengamal perubatan purba percaya bahawa

 ia merupakan penawar berkuasa untuk semua jenis penyakit. 

Walau bagaimanapun, selama berkurun lamanya, cordyceps 

hanya dikhaskan untuk kerabat Maharaja kerana ia sukar

 didapati dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. 

Cordyceps sinensis sentiasa dianggap sebagai bahan

 yang istimewa dalam budaya Cina.

Dengan kemajuan moden dan evolusi teknologi, 

Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, 

Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, 

Zhejiang Delta Sungai Yangtze telah membuat 

penemuan terkini dalam bidang perubatan 

apabila mereka berjaya menghasilkan 

penanaman dan pembiakan tiruan stroma

 cordyceps sinensis segar.

Cordyceps kini boleh didapati dengan mudah di 

pasaran. Ia tersedia dalam pelbagai jenis dan 

sesuai untuk mereka yang ingin 

mempertingkatkan dan menikmati kualiti 

kesihatan dan kehidupan yang lebih memuaskan.

 

 

Lagenda cordyceps sinensis

Lebih seribu tahun dahulu, ketika masyarakat Yung, iaitu gembala Tibet, pertama kali menemui cordyceps di kawasan tanah tinggi wilayah tersebut, mereka menyangka bahawa ia adalah sejenis rumput. Mereka mula berminat apabila melihat haiwan ternakan yang meragut cendawan kecil seperti rumput itu menjadi lebih bertenaga dan cergas. Malah, lembu-lembu tua juga kelihatan semakin sihat dan aktif. Pengembala tersebut mula menuai cendawan tersebut untuk dimakan dan tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa ia juga mampu memberikan manfaat yang sama terhadap manusia.

Sejak itu, kebaikan herba yang menakjubkan ini mula tersebar luas. Pakar-pakar herba Cina adalah antara yang terawal yang menggunakan cordyceps untuk merawat pelbagai masalah kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, herba ini sangat jarang ditemui dan faktor tersebut menjadi halangan utama yang menyebabkan anugerah alam ini hanya terhad untuk golongan masyarakat elit.

Cordyceps sinensis tumbuh liar di Dataran Tinggi Tibet, lebih kurang 15,000 kaki di atas paras laut. Tahap oksigen yang rendah, iklim yang melampau dan persekitaran yang tandus membenarkan hanya beberapa spesis yang paling kuat dan paling sihat untuk membiak dan hidup. Spesis-spesis ini lazimnya boleh menyesuaikan diri dengan amat mudah kerana ia berjaya menjana ketahanan yang kukuh terhadap elemen-elemen yang keterlaluan itu. Oleh yang demikian, cordyceps yang dituai di persekitaran yang lebih melampau dianggap memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis yang lain.

Penuai cordyceps menganggap cendawan tersebut sebagai "eliksir kehidupan" dan bernilai "lebih daripada emas". Sepanjang musim penuaiannya yang singkat iaitu 4 minggu di antara Mei dan Jun, pencari yang mahir hanya mampu memperoleh tidak lebih daripada 10 cendawan cordyceps setiap hari. Penuaian tahunan cendawan cordyceps gred tertinggi di seluruh dunia jarang mencecah 660 paun, menjadikannya sebagai salah satu cendawan paling jarang ditemui dan paling berharga di dunia. Persekitaran di mana cendawan tersebut ditemui dan nilainya yang tinggi menjadi sebab utama mengapa cordyceps sinensis disajikan khusus untuk kerabat di raja Cina sahaja.

Pada abad kedua B.C., Maharaja Cina yang pertama telah memilih cordyceps sebagai tonik harian utama untuk memanjangkan hayatnya. Jelitawan lagenda China, Yang Kue-fei (701-756A.D), juga mengambil cordyceps dengan kerap dan berpendapat bahawa cendawan tersebut adalah faktor penting yang membantu beliau mengekalkan kecantikannya. Sejarah penggunaan cordyceps sebagai herba antipenuaan dalam perubatan tradisional Cina bermula seawal tahun 1700BC. Semasa Dinasti Chin di China, seorang maharaja dikatakan sanggup membayar satu auns emas untuk bekalan kulat berharga ini selama tiga hari. Cendekiawan Tibet menulis butiran terperinci mengenai cordyceps dalam teks pada kurun ke-15 dan ke-18. Cordyceps mula diperkenalkan di Eropah pada tahun 1726 di sebuah perjumpaan saintifik.

Cordyceps sinensis asli mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya dan oleh yang demikian, produk semula jadi ini dianggap sungguh istimewa. Disebabkan cordyceps asli amat jarang ditemui dan harganya yang tinggi, para penyelidik dan saintis telah lama mengkaji kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam persekitaran yang lebih mudah disediakan. Sehinggalah penemuan perubatan terbaru oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze yang menjumpai cara terbaik untuk menanam dan membiak stroma cordyceps sinensis segar secara tiruan, barulah perkembangan produk berunsurkan cordyceps sinensis berjaya dilaksanakan.

Walaupun pengilang lain mungkin memilih untuk menggunakan cendawan gred rendah yang lebih mudah menua, tetapi hanya cordyceps sinensis gred tinggi yang terpilih sahaja yang akan dikembangkan dan dikulturkan dengan teliti oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghu, iaitu rakan usahasama AHB dalam suplemen pemakanan kami.