20210817
Pelan Pemasaran
Jika anda suka atau pandai menjual, anda boleh menjual produk-produk yang luar biasa kesannya ini untuk mendapat keuntungan runcit.
Apabila anda memperkenalkan pengedar baru dan mereka membeli produk AHB, anda akan menerima 10% daripada BV pembelian mereka. Ini bermakna anda akan mendapat RM30 (10%x300BV) jika mereka menyertai pakej Silver, RM90 (10%x900BV) untuk pakej Gold dan RM150 (10%x1,500BV) untuk Diamond.
Tidak kira apa pakej yang anda sertai, anda boleh memperkenalkan mana-mana pakej kepada pengedar baru. Anda boleh memperkenalkan seberapa ramai yang anda mahu kerana tiada had ditetapkan. Lebih ramai anda perkenal, lebih banyak keuntungan yang anda akan dapat melalui bonus ini dan bonus-bonus yang seterusnya nanti.
Apabila terdapat pendaftaran 300BV (1 unit) di sebelah kiri dan 300BV (1 unit) di sebelah kanan anda (samada didaftarkan oleh anda, upline anda atau mereka yang berada di kiri atau kanan dalam rangkaian anda), ianya dianggap satu pasang. Anda akan menerima RM50 untuk setiap pasangan yang berlaku.
Maksima bonus pasangan atau bonus perkembangan kumpulan ini yang akan dibayar dalam satu hari ialah 20 pasang (20×50=RM1,000) untuk pakej Silver, 40 pasang (40×50=RM2,000) untuk pakej Gold, 70 pasang (70×50=RM3,500)untuk Platinum dan 100 pasang(100×50=RM5,000) untuk Diamond. Baki yang tidak cukup pasangan akan dibawa kehari seterusnya untuk menunggu pasangan. Baki yang menunggu pasangan ini tidak akan luput walaupun anda tidak aktif. Pengiraan pasangan ini adalah sehingga infiniti iaitu tiada had generasi ditetapkan.
Selain daripada menerima RM50, anda juga akan menerima 1 POINT untuk setiap pasangan yang berlaku. Lebih banyak pasangan yang berlaku di bawah anda, lebih banyak point yang anda akan terima. Point anda ini boleh dikumpul tanpa had masa dan boleh ditukar untuk BONUS MEGA atau ASET PERCUMA mengikut jumlah point terkumpul anda. Rujuk gambar di bawah untuk Aset yang boleh ditukar mengikut jumlah point.
Anda akan menerima royalti bonus ini hingga level 2 jika anda sertai pakej Gold, hingga level 3 jika sertai pakej Platinum dan hingga level 5 jika sertai pakej Diamond dimana bonus royalti untuk level 2 hingga level 5 adalah masing-masing 1%. Walaupun peratusan ini nampak kecil, tetapi jumlah bonus yang anda akan terima adalah banyak kerana jumlah rangkaian anda diperingkat ini adalah ramai.
Syarikat memperuntukkan 10% daripada BV jualan keseluruhan syarikat untuk bonus ini setiap bulan. Dengan itu jumlah BV jualan keseluruhan syarikat X 10% adalah jumlah keseluruhan bonus ini. Kemudian dibahagikan kepada jumlah keseluruhan share yang dicapai oleh semua pengedar. Maka akan dapat nilai RM untuk setiap share.
Berapa jumlah RM untuk anda?… Nilai RM untuk setiap share X jumlah share yang anda layak. (Setiap 450BV pembelian peribadi anda akan mendapat 1 share)
Bonus pengembangan kumpulan ialah bonus yang anda akan terima beberapa peratus daripada BV pembelian peribadi tajaan langsung anda setiap bulan hingga
10 level. Level 1 (5%), Level 2 hingga level 4 (4%), Level 5 hingga level 10 (3%).
ini hanya sebanyak 150BV sahaja, maka bonus pengembangan kumpulan yang anda akan terima sebulan adalah seperti
CONTOH PENGIRAAN: Jika anda dan semua member dalam rangkaian anda hanya memperkenalkan 4 orang sahaja dan masing-masing hanya membuat pembelian peribadi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah
20210127
CORDYCEPS KULTUR TISU
|
FAKTA FARMAKOLOGI DAN KAJIAN KLINIKAL
Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun.
|
LAGENDA CORDYCEPS SINENSIS
Apakah cordyceps sinensis? Perubatan tradisional Cina dimanfaatkan dari pelbagai jenis bahan semula jadi untuk merawat penyakit, dan antara yang utama ialah cordyceps sinensis. Cordyceps sinensis, yang dikenali sebagai kulat beluncas Cina oleh masyarakat umum, ialah sejenis tumbuhan dari keluarga ergot. Di China, herba yang sangat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (Cacing Musim Sejuk, Rumput Musim Panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Oleh kerana ia tergolong di dalam kategori kulat, nutrien dan bahan-bahan aktif di dalam cordyceps memiliki ciri-ciri farmakologi yang berkait rapat dengan hampir setiap sistem di dalam tubuh manusia. Cordyceps sinensis merupakan tumbuhan asli pergunungan China tenggara yang ditemui pada altitud melebihi 2000 meter sahaja. Spora cordyceps sinensis diterbangkan oleh angin selepas ia matang pada hujung musim luruh. Ia menjangkiti dan memakan larva Hepialidae secara perlahan-lahan bersama akar tumbuh-tumbuhan. Kulat cordyceps sinensis menyerap nutrien dan tisu-tisu lembut dalam larva sehingga ia mencapai kematangan. Lama-kelamaan, larva tersebut akan mati dan di tempatnya akan tumbuh stroma berwarna perang kehitaman yang keluar daripada kepala larva. Stroma yang panjang dan lazimnya lonjong ini boleh mencecah 3-5 sm. Cordyceps sinensis mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Oleh yang demikian, cordyceps sinensis asli amat jarang ditemui dan sangat mahal harganya. |
Sebagai herba tradisional bernilai tinggi dalam herbologi perubatan Cina, pengamal perubatan purba percaya bahawa ia merupakan penawar berkuasa untuk semua jenis penyakit. Walau bagaimanapun, selama berkurun lamanya, cordyceps hanya dikhaskan untuk kerabat Maharaja kerana ia sukar didapati dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Cordyceps sinensis sentiasa dianggap sebagai bahan yang istimewa dalam budaya Cina. Dengan kemajuan moden dan evolusi teknologi, Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze telah membuat penemuan terkini dalam bidang perubatan apabila mereka berjaya menghasilkan penanaman dan pembiakan tiruan stroma cordyceps sinensis segar. Cordyceps kini boleh didapati dengan mudah di pasaran. Ia tersedia dalam pelbagai jenis dan sesuai untuk mereka yang ingin mempertingkatkan dan menikmati kualiti kesihatan dan kehidupan yang lebih memuaskan. |
Lagenda cordyceps sinensis Lebih seribu tahun dahulu, ketika masyarakat Yung, iaitu gembala Tibet, pertama kali menemui cordyceps di kawasan tanah tinggi wilayah tersebut, mereka menyangka bahawa ia adalah sejenis rumput. Mereka mula berminat apabila melihat haiwan ternakan yang meragut cendawan kecil seperti rumput itu menjadi lebih bertenaga dan cergas. Malah, lembu-lembu tua juga kelihatan semakin sihat dan aktif. Pengembala tersebut mula menuai cendawan tersebut untuk dimakan dan tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa ia juga mampu memberikan manfaat yang sama terhadap manusia. Sejak itu, kebaikan herba yang menakjubkan ini mula tersebar luas. Pakar-pakar herba Cina adalah antara yang terawal yang menggunakan cordyceps untuk merawat pelbagai masalah kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, herba ini sangat jarang ditemui dan faktor tersebut menjadi halangan utama yang menyebabkan anugerah alam ini hanya terhad untuk golongan masyarakat elit. Cordyceps sinensis tumbuh liar di Dataran Tinggi Tibet, lebih kurang 15,000 kaki di atas paras laut. Tahap oksigen yang rendah, iklim yang melampau dan persekitaran yang tandus membenarkan hanya beberapa spesis yang paling kuat dan paling sihat untuk membiak dan hidup. Spesis-spesis ini lazimnya boleh menyesuaikan diri dengan amat mudah kerana ia berjaya menjana ketahanan yang kukuh terhadap elemen-elemen yang keterlaluan itu. Oleh yang demikian, cordyceps yang dituai di persekitaran yang lebih melampau dianggap memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis yang lain. Penuai cordyceps menganggap cendawan tersebut sebagai "eliksir kehidupan" dan bernilai "lebih daripada emas". Sepanjang musim penuaiannya yang singkat iaitu 4 minggu di antara Mei dan Jun, pencari yang mahir hanya mampu memperoleh tidak lebih daripada 10 cendawan cordyceps setiap hari. Penuaian tahunan cendawan cordyceps gred tertinggi di seluruh dunia jarang mencecah 660 paun, menjadikannya sebagai salah satu cendawan paling jarang ditemui dan paling berharga di dunia. Persekitaran di mana cendawan tersebut ditemui dan nilainya yang tinggi menjadi sebab utama mengapa cordyceps sinensis disajikan khusus untuk kerabat di raja Cina sahaja. Pada abad kedua B.C., Maharaja Cina yang pertama telah memilih cordyceps sebagai tonik harian utama untuk memanjangkan hayatnya. Jelitawan lagenda China, Yang Kue-fei (701-756A.D), juga mengambil cordyceps dengan kerap dan berpendapat bahawa cendawan tersebut adalah faktor penting yang membantu beliau mengekalkan kecantikannya. Sejarah penggunaan cordyceps sebagai herba antipenuaan dalam perubatan tradisional Cina bermula seawal tahun 1700BC. Semasa Dinasti Chin di China, seorang maharaja dikatakan sanggup membayar satu auns emas untuk bekalan kulat berharga ini selama tiga hari. Cendekiawan Tibet menulis butiran terperinci mengenai cordyceps dalam teks pada kurun ke-15 dan ke-18. Cordyceps mula diperkenalkan di Eropah pada tahun 1726 di sebuah perjumpaan saintifik. Cordyceps sinensis asli mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya dan oleh yang demikian, produk semula jadi ini dianggap sungguh istimewa. Disebabkan cordyceps asli amat jarang ditemui dan harganya yang tinggi, para penyelidik dan saintis telah lama mengkaji kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam persekitaran yang lebih mudah disediakan. Sehinggalah penemuan perubatan terbaru oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze yang menjumpai cara terbaik untuk menanam dan membiak stroma cordyceps sinensis segar secara tiruan, barulah perkembangan produk berunsurkan cordyceps sinensis berjaya dilaksanakan. Walaupun pengilang lain mungkin memilih untuk menggunakan cendawan gred rendah yang lebih mudah menua, tetapi hanya cordyceps sinensis gred tinggi yang terpilih sahaja yang akan dikembangkan dan dikulturkan dengan teliti oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghu, iaitu rakan usahasama AHB dalam suplemen pemakanan kami. |
-
AHB menyediakan pilihan pakej untuk disertai iaitu Silver, Gold, Diamond dan Mobile Stokist. Sila pilih mana-mana pakej mengikut kemampuan ...
-
Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun. Sakit jantung: Dalam kajian klinikal degupa...